Anda memerlukan penginapan homestay disekitar Kuala Lumpur, Kajang & Bangi ?

HOMESTAY KAJANG menawarkan kepada anda kadar sewa yang sungguh istimewa dan sangat berbaloi.

Kadar sewa biasa : RM 175 / hari. Kadar promosi : RM 135 / hari

Kajang Appetizer

Kajang Appetizer
Kunjungilah Kajang dan nikmatilah keenakan sataynya ...

Saturday, December 18, 2010

Makluman, Terma & Syarat kepada bakal tetamu Homestay Kajang.

  1. Tetamu hendaklah terdiri daripada keluarga yang beragama Islam sahaja.
  2. Tetamu hendaklah terdiri daripada "berkeluarga" sahaja. Bujang / rakan-rakan / berkumpulan tidak diterima. Harap maaf.
  3. Maksima ahli keluarga / tetamu hendaklah tidak melebihi 10 orang.
  4. Tetamu tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berbentuk maksiat, tidak bermoral dan mengganggu ketenteraman awam.
  5. Penerimaan tetamu adalah berdasarkan "First Come First Serve" dengan membuat bayaran tempahan sebanyak RM 50 ke dalam akaun pemilik Homestay Kajang. Bayaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya tetamu gagal berkunjung pada tarikh yang telah ditempah / dijanjikan.
  6. Bayaran baki hendaklah dijelaskan sepenuhnya ketika check-in berserta RM 50 sebagai deposit.
  7. Masa check-in ialah jam 1.00 t/hari dan masa check-out ialah jam 12.00 t/hari. Charge tambahan akan dikenakan untuk check-out lewat / jam. (Bergantung kepada ada atau tidaknya tetamu yang akan check-in seterusnya pada hari yang sama)
  8. Tetamu hanyalah disediakan satu sahaja free parking - satu rumah satu parking. Jika ada kenderaan yang selebihnya, hendaklah diletakkan diluar kawasan pagar apartment.
  9. Tetamu hendaklah mengisi borang maklumat mengenai tetamu yang disediakan di Homestay Kajang.
  10. Tetamu daripada warga tua & orang kurang upaya (OKU) adalah tidak digalakkan kerana kediaman adalah ditingkat 3 tanpa lif.

Saturday, December 5, 2009

Fasiliti di Penginapan Homestay Kajang.


"Homestay Kajang" adalah merupakan sebuah apartment 3 bilik tidur 2 bilik air. Ia dilengkapi dengan perabut & peralatan seperti dirumah anda sendiri.

Lokasinya amat strategik kerana terletak berdekatan dengan ibukota Kuala Lumpur, pusat pentadbiran Putrajaya, institusi-institusi pengajian, KLIA, LCCT dan lain-lain lagi.

Berikut adalah sebahagian daripada pemandangan dan peralatan yang disediakan di "Homestay Kajang":

Master bedroom.
  1. Katil solid wood & tilam foam Queen size.
  2. Bilik air & toilet.
  3. Air condition.
  4. Almari baju 2 pintu.
  5. Sterika & papan sterika.
  6. Towel & sejadah.
Bilik tidur kedua.
  1. Katil solid wood & tilam foam Queen size..
  2. Kipas angin berdiri.
  3. Almari baju 2 pintu.
  4. Towel & sejadah.
Bilik tidur ketiga.
  1. Katil 2 tingkat - single.
  2. Kipas angin berdiri.
  3. Almari baju 3 pintu.
  4. Towel & sejadah.
Ruang tamu.

  1. Set sofa - 1+2+3.
  2. Meja makan 6 kerusi.
  3. TV 29".
Ruang dapur.
  1. Kitchen karbinet.
  2. Dapur gas.
  3. Peti sejuk.
  4. Washing machine - fully auto.
  5. Pelas air panas elektrik.
  6. Rice cooker.
  7. Pinggan, cawan & peralatan memasak.
Bilik air untuk bilik tidur kedua & ketiga.
TV 29"
Peti sejuk.Washing machine - fully auto.

Universiti, Institiut & Kolej yang berhampiran.

"HOMESTAY KAJANG" adalah pilihan yang terbaik kerana ianya berdekatan dengan beberapa institusi pengajian.

Ianya amat sesuai sekali terutamanya bagi tuan / puan yang ingin meraikan kemasukan maupun konvo anak-anak tuan / puan di institusi yang berkenaan.

Berikut adalah sebahagian daripada institusi-institusi pengajian yang berada disekitar "HOMESTAY KAJANG".

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 9 km.


Universiti Putra Malaysia (UPM) - 8km.

Universiti Tenaga Nasional & Institute Latihan Sultan Ahmad Shah - 9km.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor - 13.7 km

Institute Perguruan Islam - Sungai Merab, Bangi - 9.7 km

German Malaysia Institute (GMI) - 11km.

Malaysia France Institute (MFI) - 11.5km.


Kolej Komuniti Hulu Langat - 200m.Institute Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua - 15.5km.

# Jarak adalah berdasarkan rujukan GPS.

Shopping Yang Berhampiran.

Berikut adalah diantara beberapa pusat membeli belah yang berhampiran dengan penginapan anda di Homestay Kajang:
  1. Giant supermarket - 400m.
  2. Kamdar - 600m
  3. Tesco - 2 km.
  4. Jusco - 4 km.
  5. Alamanda Putrajaya - 13 km.

Giant supermarket - 400m. berhadapan dengan Kolej Kominiti Hulu Langat.

Gedung kain KAMDAR - 600m.
Pasaraya TESCO - 2 km.

# Jarak adalah berdasarkan anggaran & rujukan dari GPS.

Fasiliti Yang Berhampiran

Berikut adalah sebahagian diantara beberapa fasiliti yang boleh anda dapati berhampiran dengan penginapan Homestay Kajang:

1 - Surau (didirikan solat Jumaat) - 150m.
2 - Pasar basah, kedai makan, kedai runcit, hardware dll. - 200m
3 - Pasar malam (Ahad) - 300m.
4 - Pasar malam (Selasa & Khamis) & Pasar Tani (Sabtu) - 350m.
5 - Stesen minyak Petronas, Shell & Mc. Donald - 600m.
6 - Masin ATM - Maybank, RHB, Ambank & Bank Islam - di Giant Supermarket - 400m

Surau Sri Jenaris - (didirikan solat Jumaat) - 150 m.

Stesen minyak Petronas, Shell & restoran Mc. Donald - 600m
# Bangunan berbumbung merah di atas bukit sana ialah Jabatan Penjara Kajang.
Restoran Sate Kajang - 2km.

Wednesday, December 2, 2009

Komen Tetamu.

Berikut adalah komen-komen dari tetamu Homestay Kajang: